Thursday, November 21, 2013

Thank you my friend: I shall begin with Ya Affuw

To my dear sister and friend Marzita, thank you for introducing the deeper meaning of Asma Ul Husna 99 Names of Allah.

When you followed Prof Wan Maseri Wan Mohd to Kedah,  you shared an invaluable experience accompanying her.  I can see that your spirit is now soaring high and that your belief in God the Almighty is greater than ever.

Apabila aku melihat kau mula berhati-hati berbicara sambil mengupas nama2 Allah tu dik, air mataku mengenang ...hatiku  berdebar-debar ....jiwaku amat tersentuh.   Terima kasih kerana pencerahanmu dik. Hadiah yang tidak terhingga. Kau pergi meninggalkan dunia sementara ...di saat pemimpin lain risau produksi kumpulan di hujung tahun ini..sungguh luarbiasa semangatmu dik..kepercayaanmu bahawa Allah itu Ar-Rozzaq pemberi rezeki,The Provider.  Oleh itu kakakmu pasti kau akan mencapai matlamat tahun ini dengan bantuanNya...kerana tiada yang mustahil dengan izin Allah.



Thank you for guiding me sister. You told me that I should start with Ya Affuw as this name represents him as The Forgiver.  Seek forgiveness and he shall forgive.


"Ya Allah, maafkan aku" maafkan kebodohan dan kejahilan ku selama ini. Mana mungkin aku bisa hidup di bumi mu ini tanpa kemaafan darimu yang Allah.  Aku yang kelihatan seperti mengejar dunia ini sangat mudah  LUPA mengingati MATI. Sedangkan MATI itu PASTI. Maka di saat aku masih bernafas..di saat peluang yang masih kau berikan ini, seharusnya KEAMPUNAN  mu yang seharusnya PALING BERNILAI. ..lebih bernilai dari apa2 bentuk keduniaan yang aku kejar... .sedangkan tanpa KEMAAFAN mu aku hanyalah manusia yang sia-sia hidup di bumi mu ini. Alangkah bertuahnya Ahmad Ammar di sayangi Allah dan diambil nyawanya di Turki di usia 20 tahun. Aku yakin kau telah memaafkannya ya Allah kerana kematiannya mengingatkan aku kepada pemergian anak muridku Allahyarham Adha...jiwanya sangat lembut..jiwa seorang pemaaf..dia pergi dua minggu selepas membantuku di dalam English Programme sebagai fasilitator..sebagai Khalifahmu yang Allah..Subhanallah!..Syukran Allah kerana menghantar  teladan2 sebegini kepada manusia yang alpa seperti aku.


Maka ya Allah..izinkan aku memulakan proses penyucian jiwa ini dengan sifat mu yang ke 82 Al-Affuw...Agar aku juga bisa menjadi manusia yang mudah memohon maaf dan satu masa nanti akan sentiasa memaafkan orang lain hasil kurniaan Allah Al-Affuw.  Semoga dengan sifat Al-Affuw ini, aku  mudah menerima orang lain SEADANYA.....sentiasa memberi peluang kepada orang disekelilingku untuk berubah dan sentiasa sudi membimbing mereka..agar  dengan sifat Allah Al-Affuw ini aku mudah mengaku kesilapan sendiri..sentiasa merendah diri dengan sentiasa memohon maaf dan akhir sekali tidak sombong dengan segala pencapaian kerana sesungguhnya semua itu adalah kurniaan dan dengan izin Allah semata-mata.


Mencintaimu kerana Allah dik. Syukur yang amat. Terima  kasih.

Dedicated to Marzita Abdul Mazak, Unit Manager 2, Million Dollar Agency, Future President Club, Kuantan, Pahang.



1 comment:

nay. said...

thanks madam for the reminder.. i have heard prof wan maseri given a talk on asma ul-husna a couple of years back in uia.it was so inspiring how she can really implement the belief in the name of Allah in every aspect of her life.

untuk kita yang sering lupa dan alpa, semoga beramal dengan sifat Allah Ya Affuw kita dpt memulakan proses pembersihan jiwa yg kotor ni.thanks again madam for this post.

p.s:one of the faci at ERP1 :)