Tuesday, January 17, 2017

Dreams Do Come True

                  Kisah Kembara Teh Aisyah Rusli kali pertama menjejakkan kaki  
                            di Sydney Australia 7-14 Disember 2016

Jom Jalan!

Orang kata, nak berjalan boleh, TAPI urus duit dengan BIJAK
Masalahnya, ibu bukan bijak manapun.

Segalanya bermula selepas keputusan UPSR Teh.

2014 memang tahun kontroversi.  Beberapa kertas bocor. Tak silap ibu, paper BM,Sains & Matematik
Kalau 2013 ada 45 orang pelajar 5A, tahun 2014 hanya 11. Mak Shanu kata, nama pertama yang diumumkan pagi tu nama Teh. Masa keputusan diumumkan di dewan, kita masih bergelak ketawa dalam kereta menuju ke sekolah.  Semua orang terkejut. Cikgu-cikgu terkejut. Ibu lagilah terkejut. Yang tak terkejut mungkin Abah. Sebab dia betul-betul berdoa untuk Teh. Menangis dia berdoa memohon agar Teh dipermudahkan urusan menjawab peperiksaan.

Teh memang 'underdog'  berbanding pelajar lain. Cikgu Sains Teh siap letak Teh duduk betul-betul depan meja cikgu sebab Teh selalu tertidur dalam kelas. Siapa sangka Teh boleh dapat A untuk Sains kertas yang perlu diulang dua kali.

Rezeki tak pernah salah alamat nak. Segala kerja keras Teh tahun 6 memang berbaloi.

Jadi macam mana ya. Ibu dah terjanji kalau dapat 5A, ibu akan bawak Teh pergi Sydney huhu . Boleh jumpa kawan baik ibu, Aunty Dar, Ibu Iman Farrar.

Janji mesti dikota.
Tapi macam mana ya nak rancang duit dengan BIJAK?
Bulan berikutnya bermulalah projek menguruskan duit huhu. Orang biasa-biasa kata, ada LEBIHAN baru boleh simpan. Ibu FIKIR. KAlau nak tunggu lebihan alamatnya memang tak simpan.

Jadi IBU tukar cara BERFIKIR. Macam-macam mana pun, setiap bulan mesti simpan RM150 untuk Teh. Tak banyak tapi sikit-sikit jadi bukit. Setahun berlalu. GERAM tengok duit Teh RM1800 dalam bank yang ibu tak gunakan untuk urusan lain.
Handphone pulak dah mula 'hang' memanjang. Loading berzaman. Samsung S3 ibu dah jatuh dua kali dan kena hantar repair. Duit tu melambai-lambai mintak beli Samsung Galaxy S6. Sabar Yati. Ini bukan duit kamu. Ini duit, TEH AISYAH yang punya.

2016 pun tiba. Teh pun dah masuk Form 2. Tak nangis dah bila balik MRSM. Bila hantar Teh, ibu selalu terfikir. Bila ya boleh pergi ya Allah? Satu hari dalam bulan Mac, ibu buka laman web AirAsia. AHA! Ada tiket tambang murah. Waktu tu duit ada dalam RM2100.  Return dalam RM2400,tak termasuk luggage, mkn and entertainment. Kawan ibu kata, taklah murah sangat haha. Kan ibu dah kata, ibu bukan bijak mana pun. Yang ada hanyalah semangat untuk menunaikan janji ibu. Jadi tiket kita ibu beli 7 hingga 14 Disember sebab waktu tu cuti sekolah dan Aunty Dar kata ada 'Concert Maulidur Rasul' di Sydney dan kakak Iman Farrar akan perform. Bestnya!

Syukur Alhamdulillah..dreams do come true!







No comments: