Sunday, July 16, 2017

Trip Kenyir diatas Pesona Boathouse - kenangan yg sukar utk dilupakan

Lamanya tak bersiaran di sini. Namun trip Kenyir ini seakan wajib dilakar dalam kanvas 2017 kami. Trip dua hari satu malam ini boleh saya simpulkan lebih menarik dari trip persendirian saya ke luar negara. Mengapa? Kerana kami memasak, memancing, berkaraoke, berkayak, mengail, berenang dan bermain ikan kelah bersama-sama! How awesome is that! Semua dalam 2 hari satu malam. Gambar-gambar ini telah berjaya merakam keseronokan kami.Syukur Ya Allah! Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kau selamatkan perjalanan kami pergi dan balik. Alhamdulillah. Trip ini amat disarankan utk mereka yg cintakan keindahan semulajadi dan masa bersantai bersama keluarga tanpa gangguan  - kerana di sini tiada wi-fi & talian hp. Hubungan kasih sayang dan interaksi terjalin ditengah-tengah tasik buatan manusia keajaiban ciptaan Allah yang juga tasik terbesar di Asia Tenggara.





No comments: