Thursday, March 28, 2019

Ya Allah.. Indahnya ciptaanMu Ya Khaliq, Ya Musawwir. Kali ini kembara kami ke Pulau Jeju, Korea Selatan.  Trip ini istimewa kerana saya bersama Akmal captain SJ4 dan Kak Mai umi kepada Aizat.

Selama 5 hari kami menikmati keindahan ciptaan Allah.  Udaranya amat segar dan persekitaran terpelihara,  Kami juga terpegun mendengar kisah wanita Haenyeo, penyelam wanita jeju yang luarbiasa menyelam tanpa tong oksigen!

Statue Haenyeo Woman 
Day 1 (Barat Pulau Jeju)
Lokasi pertama ini pantainya putih bersih. Laut hijau kebiruan. Speechless. Perfect place to release stress.  Tak perlu apa-apa. Hanya cinta pada Allah dan alam semulajadi. Tarik nafas panjang dan hembuskan dengan perlahan....Aah...
Hyupjae Beach
Syangyong Cave


  Lokasi seterusnya - Hallim Park.

Tempat wanita dan bunga! Alahai...Sukanya tengok Kak Mai dan Akmal di sini. Senyum memanjang, Berbagai jenis bunga di tanam di sini termasuk Bonzai. Istimewanya di sini ada dua gua lava (Syangyong Cave). Dingin


Hallim Park