Thursday, March 29, 2018

Tell me about your progress - parenting 18

Assalamualaikum w.b.t

The floor is yours!! Come on share please.

Wednesday, March 28, 2018

Keindahan Istanbul

Ziarah Turki   (17 - 19hb Februari 2018)

Subhanallah.Allahuakbar. Syukur di atas segala limpah kurnianmu.
Terpegun.
Bumi Turki amat istimewa. Jauh dari jangkaan kami.

Rezeki kami juga mendapat pemandu pelancong yang hebat.
Nama sebenar Ali Ekinci. Nama glamer Ali Baba. Berasal dari Istanbul namun fasih berbahasa Melayu dan Indonesia. Semua suka Ali. Kelakar poyo orangnya.
Tapi ciri yang paling istimewa tentang Ali - ilmu sejarahnya; amat tip top 
Sepanjang perjalanan di atas bas dan lokasi ziarah, Ali berjaya terangkan secara terperinci 
sejarah Islam di Turki.

Bukan itu sahaja, Ali juga hafal sejarah negara kita dan sejarah Melayu nusantara. 
Banyak soalan yang dilontarkan membuatkan kami tergamam.  Luarbiasa pengetahuan Ali ini.

Antara lawatan yang menyentuh hati semasa melawat makam sahabat nabi Abu Ayyup al-Ansari di Eyup, para sahabat dan para shuhadah. Mudah-mudahan dengan menziarahi makam dapat menguatkan keimanan dan ketakwaan kepada Maha pencipta disamping mengenang jasa mereka terhadap Islam.

Ziarah ini menyusuri Hadis Rasulullah bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam oleh satu tentera, tentera itu sebaik-baik tentera dan rajanya sebaik-baik raja - Sultan Muhammad al-Fateh - yang mana terbukti benar 800 tahun kemudiannya.

Rasa kagum mendengar sifat-sifat pemimpin kerajaan Uthmaniyyah yang kuat beribadat, berilmu dan menjadi contoh yang hebat kepada rakyat. Siapa sangka antara rezeki kami juga dapat menaiki Gunung Uludag dan melihat salji ( walaupun pada awalnya tidak ada dalam itenari perjalanan) 
Kami tergamam lagi.

Niat kami untuk menunaikan umrah selepas ini tetap utuh malahan semakin mendalam selepas kembara menziarahi bumi Turki. Malu rasanya menjadi umat yang lemah dan cepat berputus asa selepas melihat sejarah kehebatan Islam di negara ini.

Kembara ini kami rakamkan utk keluarga, sahabat-sahabat dan team SJ4. Semoga kalian juga dapat sampai ke sini nanti. 

Doakan perjalanan kami seterusnya ke tanah suci Mekah dan Madinah. 
Semoga engkau redha dengan perjalanan kami di bumi mu Ya Allah ❤️❤️❤️



https://www.facebook.com/norhayati.m.rasip/posts/10211203535433154





Friday, March 9, 2018

Mak Oh Mak




Inilah wajah wanita yang menyusukan sayađź’“
Yang tidur malamnya saya ganggu, entah berapa tahun lamanya.

Semasa saya bersekolah di Singapura dia pastikan saya top 3 dalam kelas.
Dia garang bukan main...pernah bila jatuh no.7  dalam kelas, dia patahkan ranting pokok masa perjalanan pulang dari sekolah.  Rasa macam nak terkencing dalam seluar. Mak kata
"Jangan malas belajar. Kita orang susah!"
Mak tak rotan pun..tapi amat jelas saya belajar untuk jadi yang terbaik dari mak.
Bila kami pindah Johor, mak tak kisah sangat pasal nombor dalam kelas.
Maka saya pun mula selamat hari raya.

Kami tak sempat jadi kawan baik.  Sebab cara mak memang special. Kalau tak bangun solat subuh,
kami bertiga adik beradik merasa air masuk dalam telinga.
Sebab mak siram, satu baldi penuh.
Padan muka. Kejut tak bangun-bangun.
Ya, mak memang garang.  Garang di depan mata.

Tapi bila di asrama dan di universiti, soalan yang mak selalu tanya dalam telepon,
"Bila nak balik rumah Yati?"...
"Nanti mak masak bubur kacang yang yati suka...nak tak?"
Maka berderailah air mata saya. Tanpa mak sedari.

Istimewa sungguh wanita bergelar mak ini.
Dialah satu-satunya wanita yang sanggup berlapar asal saya tak lapar,
Yang sanggup buat apa saja untuk tengok saya KONVO
Yang paling KECEWA bila saya berhenti jadi cikgu di sekolah
Yang paling BIMBANG bila saya gagal
Yang paling GEMBIRA bila saya berjaya

Kalau hidup saya tersekat, cepat-cepat saya cari mak
Kerana doa mak memang special - semua dah tahu - Direct COD

Sayang Mak❤


Add caption