Friday, March 9, 2018

Mak Oh Mak




Inilah wajah wanita yang menyusukan sayađź’“
Yang tidur malamnya saya ganggu, entah berapa tahun lamanya.

Semasa saya bersekolah di Singapura dia pastikan saya top 3 dalam kelas.
Dia garang bukan main...pernah bila jatuh no.7  dalam kelas, dia patahkan ranting pokok masa perjalanan pulang dari sekolah.  Rasa macam nak terkencing dalam seluar. Mak kata
"Jangan malas belajar. Kita orang susah!"
Mak tak rotan pun..tapi amat jelas saya belajar untuk jadi yang terbaik dari mak.
Bila kami pindah Johor, mak tak kisah sangat pasal nombor dalam kelas.
Maka saya pun mula selamat hari raya.

Kami tak sempat jadi kawan baik.  Sebab cara mak memang special. Kalau tak bangun solat subuh,
kami bertiga adik beradik merasa air masuk dalam telinga.
Sebab mak siram, satu baldi penuh.
Padan muka. Kejut tak bangun-bangun.
Ya, mak memang garang.  Garang di depan mata.

Tapi bila di asrama dan di universiti, soalan yang mak selalu tanya dalam telepon,
"Bila nak balik rumah Yati?"...
"Nanti mak masak bubur kacang yang yati suka...nak tak?"
Maka berderailah air mata saya. Tanpa mak sedari.

Istimewa sungguh wanita bergelar mak ini.
Dialah satu-satunya wanita yang sanggup berlapar asal saya tak lapar,
Yang sanggup buat apa saja untuk tengok saya KONVO
Yang paling KECEWA bila saya berhenti jadi cikgu di sekolah
Yang paling BIMBANG bila saya gagal
Yang paling GEMBIRA bila saya berjaya

Kalau hidup saya tersekat, cepat-cepat saya cari mak
Kerana doa mak memang special - semua dah tahu - Direct COD

Sayang Mak❤


Add caption

No comments: