Tuesday, December 3, 2013

Section 3, Sem 1,2013/2014 Pharmacy students -How to be Good Parents?

Dear all, can't wait to see your notes, videos & ppoint that you have presented in class. What was the topic again? Ah yes! How to be Good Parents. Don't forget to indicate all your group members names. Thank you so much for your generosity :)

Thursday, November 21, 2013

Thank you my friend: I shall begin with Ya Affuw

To my dear sister and friend Marzita, thank you for introducing the deeper meaning of Asma Ul Husna 99 Names of Allah.

When you followed Prof Wan Maseri Wan Mohd to Kedah,  you shared an invaluable experience accompanying her.  I can see that your spirit is now soaring high and that your belief in God the Almighty is greater than ever.

Apabila aku melihat kau mula berhati-hati berbicara sambil mengupas nama2 Allah tu dik, air mataku mengenang ...hatiku  berdebar-debar ....jiwaku amat tersentuh.   Terima kasih kerana pencerahanmu dik. Hadiah yang tidak terhingga. Kau pergi meninggalkan dunia sementara ...di saat pemimpin lain risau produksi kumpulan di hujung tahun ini..sungguh luarbiasa semangatmu dik..kepercayaanmu bahawa Allah itu Ar-Rozzaq pemberi rezeki,The Provider.  Oleh itu kakakmu pasti kau akan mencapai matlamat tahun ini dengan bantuanNya...kerana tiada yang mustahil dengan izin Allah.



Thank you for guiding me sister. You told me that I should start with Ya Affuw as this name represents him as The Forgiver.  Seek forgiveness and he shall forgive.


"Ya Allah, maafkan aku" maafkan kebodohan dan kejahilan ku selama ini. Mana mungkin aku bisa hidup di bumi mu ini tanpa kemaafan darimu yang Allah.  Aku yang kelihatan seperti mengejar dunia ini sangat mudah  LUPA mengingati MATI. Sedangkan MATI itu PASTI. Maka di saat aku masih bernafas..di saat peluang yang masih kau berikan ini, seharusnya KEAMPUNAN  mu yang seharusnya PALING BERNILAI. ..lebih bernilai dari apa2 bentuk keduniaan yang aku kejar... .sedangkan tanpa KEMAAFAN mu aku hanyalah manusia yang sia-sia hidup di bumi mu ini. Alangkah bertuahnya Ahmad Ammar di sayangi Allah dan diambil nyawanya di Turki di usia 20 tahun. Aku yakin kau telah memaafkannya ya Allah kerana kematiannya mengingatkan aku kepada pemergian anak muridku Allahyarham Adha...jiwanya sangat lembut..jiwa seorang pemaaf..dia pergi dua minggu selepas membantuku di dalam English Programme sebagai fasilitator..sebagai Khalifahmu yang Allah..Subhanallah!..Syukran Allah kerana menghantar  teladan2 sebegini kepada manusia yang alpa seperti aku.


Maka ya Allah..izinkan aku memulakan proses penyucian jiwa ini dengan sifat mu yang ke 82 Al-Affuw...Agar aku juga bisa menjadi manusia yang mudah memohon maaf dan satu masa nanti akan sentiasa memaafkan orang lain hasil kurniaan Allah Al-Affuw.  Semoga dengan sifat Al-Affuw ini, aku  mudah menerima orang lain SEADANYA.....sentiasa memberi peluang kepada orang disekelilingku untuk berubah dan sentiasa sudi membimbing mereka..agar  dengan sifat Allah Al-Affuw ini aku mudah mengaku kesilapan sendiri..sentiasa merendah diri dengan sentiasa memohon maaf dan akhir sekali tidak sombong dengan segala pencapaian kerana sesungguhnya semua itu adalah kurniaan dan dengan izin Allah semata-mata.


Mencintaimu kerana Allah dik. Syukur yang amat. Terima  kasih.

Dedicated to Marzita Abdul Mazak, Unit Manager 2, Million Dollar Agency, Future President Club, Kuantan, Pahang.



Thursday, October 24, 2013

Aloha IfLA students intake 2/1013

Salam Misah, Ani, Anuar,Ray,Jannah,Ain,Aisyah,Ely,Sue, Haris & Aida.  Have you read all the entries? Which one is your favourite? Kindly share it with us in class ;)

Tuesday, October 15, 2013

It's been 3 months

Lamanya tidak bercerita..saya kongsikan kisah yg menyentuh hati saya ini. Buat pertama kalinya di dalam Bahasa ibunda saya..

10/10/2013- Hari ini sewaktu menuju ke dewan kuliah Fakulti Allied Health Sciences, saya terserempak dengan seorang wanita yg duduk di atas sebuah kerusi roda. Entah mengapa tergerak hati  ini utk menegur dan menyapanya.  Oleh kerana kulitnya putih bersih seperti  'foreigner'lain saya pun menyapanya di dalam Bahasa Inggeris. Sambil menggelengkan  kepalanya dan tersenyum, dia memberitahu bahawa dia tidak faham apa yang diperkatakan.  Tersengeh lebar saya dibuatnya. Tangan saya pantas menghulurkan salam dan memohon maaf. Sambil berbual saya memerhatikan keadaan fizikal wanita tersebut dengan ekor mata. Posisi kedua-dua kaki yang sepatutnya lurus, telah bengkok ke dalam. Di tangannya ada jeruk kering di dalam plastik dan dia terus mempelawa saya. Apabila saya menolak dengan baik, dia mengangkat plastik jeruk buah kering tersebut dengan kedua-dua belah tangannya. Barulah saya sedar jari jemarinya tidak lagi berfungsi penuh sepertimana kita orang biasa.  Walaupun hati kecil tidak sampai hati  untuk bertanyakan dengan terperinci kecederaan yang dia alami, saya kuatkan semangat untuk bertanya apa yang telah berlaku. Menurutnya pada tahun 2004, dia mengalami kemalangan jalanraya yang sangat dahsyat melibatkan suami dan anaknya yang pada waktu itu berumur 6 bulan. Bayinya tercampak keluar tetapi dengan kuasa Allah terselamat walaupun mengalami kecederaan teruk di kepala. Keadaannya sangat parah sehinggakan tiada siapa yang menyangka yang dia akan terus hidup. Tidak pula saya bertanyakan keadaan suaminya sebab perasaan sebak mulai menyelubungi saya. Walaubagaimanapun, timbul perasaan ingin tahu keadaan anaknya. Anaknya Aisyah yang kebetulan sama dengan nama anak saya,sudah berumur 9 tahun dan sekarang berada di dalam darjah 3. Dia bersekolah di sekolah rendah  berhampiran dengan tempat kerja suami. Rupa-rupanya Aisyah kini dibela suaminya kerana dia tidak mampu untuk menjaganya sendiri. 

Sunday, July 14, 2013

WONDERFUL MUSLIMAH!




THANK YOU EVERYONE...MISS YOU ALL. RAMADAN KAREEM!

Friday, January 25, 2013

The Return of Abel Behena

Dear all,

Please give your opinion. Is there anything that you would like to change in the story?